Nasib baik ler Kak Ana sama kumpulan ngan aku...kalo x aku mesti sorang2 jer. Seronok tul Kak Ana ek dapat bunga dari Abg.Latif (ker patut panggil pak cik latif)..what ever..
hampir 1 jam, aku pun slamat tiba di kuching..belum sampai sibu lagi ni..lebih kurang pukul 3, naik flight ke sibu plak..sampai di Sibu ni ler baru kami diberi surat mendaftarkan diri di sekolah yang kami dapat... Arghh...SK NG EMBUAU SONG!!!..Arghhh..mana punyer tempat plak ni...ingatkan Kapit tapi naper Song plak.. terdengar suara2 di sekeliling aku yang merungut dan sedih dapat sekolah dalam kawasan P1,P2 dan P3..apa plak PPP...tu..lagi ler aku panik..malas nak serabutkan kepala, aku ngan kak ana wat bodo jer la...2 hari duk hotel KongWood sementara menunggu 2 kumpulan yang akan tiba...sampai x tau nak wat per...bosan giler, aku ngan kak ana kuar berjalan2 di sibu sambil tangkap gambar...nasib baik ler ada kak ana..Miss U Kak Ana...
Hari yang dinantikan pun tiba...debaran di dada semakin kencang kerana aku akan mula menuju ke gaya hidup yang baru...Ya Allah, tenangkanlah hatiku, Amin.. Kami menaiki bot ekspress untuk menuju ke kawasan masing2..aku dan kak ana berpisah kerana kak ana akan menaiki bot ke kapit... keseorangan la aku di dalam bot tu..hampir 2 jam 30minit kami pun tiba di Song..apa la nama tempat ni..ntah2 dulu mat salleh banyak datang sini kot, pas2 mat salleh ni tengok org2 kat sini plak suka nyanyi tu yg diber nama tempat ni Song kot..ish..apa yg aku merepek ni..
back to my story, sepanjang perjalanan menaiki bot, apa yang aku lihat suasana sekeliling masih lagi dipenuhi dengan bukit bukau dan pokok2..suasana kehijauan yang mampu memberi kedamaian tetapi adakah mampu mendamaikan jiwaku..sob..sob...
to be continue...(kerana terlalu sedih, cerita tidak dapat di teruskan)..
Dan tiadalah duduk setempat bagi orang cerdik & beradab itu sebagai rehat. Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah. (Imam Syafie) "Kehidupan akan lebih bermakna andai kita menghayati & mensyukuri bumi Allah ini dengan penuh ikhlas". :)
Monday, December 7, 2009
Wednesday, December 2, 2009
Episod Ke-2...

Hari Berangkat ke Sarawak....
2 minggu aku x lalu makan, x der mood nak bercakap dengan sesapa pun...setiap hari menangis sahaja yang aku tau...tapi nak buat macam mana kan, keputusan KPM x bleh dibantah, kiranya 'saya yang menurut perintah'.
duit belanja pula x bape cukup...bayangkan 3 bulan nanti x dapat gaji..nak pinjam duit daripada keluarga, segan. Tambahan pula, mak bapak aku bukannya senang..jalan terakhir aku terpaksa jual semua hasil karya aku (kerja projek semasa di maktab)..thanks to syah dan abang.dzul kerana membeli hasil karya aku..dapat ler dalam RM750, bleh tahan gak..hehehhe...
Hari berangkat ke KLIA, abah, mak, farah, aina, hafiz, tok dan pakndak&family yg antar aku...thanks to u all..baru aku tau perasaan sedih meninggalkan fmly bila duk jauh..bukan aku tidak pernah hidup berjauhan dari fmly tetapi kali ini perasaan tu benar2 lain...susah untuk digambarkan... penghantaran guru2 KPLI kali ni adalah yang paling ramai dihantar...kawasan kapit sahaja sudah mencecah 400 orang, apatah lagi kawasan2 lain seperti miri, kuching....
* tiada mood untuk meneruskan lagi, ...to be continue..
Saturday, November 28, 2009
Rencah Kehidupan Guru Pedalaman....
Mungkin agak terlewat untuk menceritakan kehidupanku d sarawak sekarang ni, al maklumlah dah setahun dah baru nak wat blog...tapi x per, aku tetap akan ceritakan pengalaman ku dihantar ke sebuah tempat yang aku sendiri tidak mengetahui kewujudannya..malah kawanku di sarawak pun tak tau kat ner tempat ni..ish, alam bunian ker...
Disember 2008- Debaran posting...
Lega, akhirnya selesai juga kursus KPLI ni...tension giler nak abiskan dalam masa stahun ni...dengan keje yang banyak, aktiviti2 lain lagi, itu belum dikira ngan pe'el lecturer& student2 yang x suka KPLI....stiap ari ada jer benda yang nak buli kitaorang ni..malas dah nak citer hal2 d maktab...tutup kamus..
sekarang ni tunggu result posting nak dihantar ke mana ajer...aku yakin giler aku akan dapat di KL..kalo x mungkin Selangor..kira dah bersedia nak mengajar di bandar la..lagipun semasa di maktab, lecturer dah bgtau kursus BI, lagi aper ek(aku dah lupa dah) yang akan dihantar ke Sarawak dan Sabah..jadi, x perlulah kami yang lain2 ni nak risaukan....(dengan penuh yakinnya masa tu)..hehehhe
tiba hari result posting, ramai member2 call bgtau mereka dihantar ke sarawak...cuak juga dengar tapi aku sempat gelakkan mereka lagi....aku pun x tau kenapa aku gelakkan mereka, mungkin nak cover diri aku kot...aku suruh member aku Syah Metro checkkan, kali pertama x dapat online, ke2 seterusnya ke3 pun x dapat(apa la hampeh punya sistem)..kali ke4 baru dapat dan...Syah dalam nada slumbernya bercakap,"zura, tahniah, u dihantar ke sarawak",...What!!!!....biar benar Syah ni..aku minta kepastian lagi..."X payah la u nak jerit2 dalam telefon ni coz u tetap dihantar ke Sarawak",..slumber jer nada mamat tu...yg aku lak dah takut, risau, semua perasaan ler ada....
Subscribe to:
Posts (Atom)