Saturday, November 28, 2009

Rencah Kehidupan Guru Pedalaman....

Mungkin agak terlewat untuk menceritakan kehidupanku d sarawak sekarang ni, al maklumlah dah setahun dah baru nak wat blog...tapi x per, aku tetap akan ceritakan pengalaman ku dihantar ke sebuah tempat yang aku sendiri tidak mengetahui kewujudannya..malah kawanku di sarawak pun tak tau kat ner tempat ni..ish, alam bunian ker...



Disember 2008- Debaran posting...


Lega, akhirnya selesai juga kursus KPLI ni...tension giler nak abiskan dalam masa stahun ni...dengan keje yang banyak, aktiviti2 lain lagi, itu belum dikira ngan pe'el lecturer& student2 yang x suka KPLI....stiap ari ada jer benda yang nak buli kitaorang ni..malas dah nak citer hal2 d maktab...tutup kamus..


sekarang ni tunggu result posting nak dihantar ke mana ajer...aku yakin giler aku akan dapat di KL..kalo x mungkin Selangor..kira dah bersedia nak mengajar di bandar la..lagipun semasa di maktab, lecturer dah bgtau kursus BI, lagi aper ek(aku dah lupa dah) yang akan dihantar ke Sarawak dan Sabah..jadi, x perlulah kami yang lain2 ni nak risaukan....(dengan penuh yakinnya masa tu)..hehehhe


tiba hari result posting, ramai member2 call bgtau mereka dihantar ke sarawak...cuak juga dengar tapi aku sempat gelakkan mereka lagi....aku pun x tau kenapa aku gelakkan mereka, mungkin nak cover diri aku kot...aku suruh member aku Syah Metro checkkan, kali pertama x dapat online, ke2 seterusnya ke3 pun x dapat(apa la hampeh punya sistem)..kali ke4 baru dapat dan...Syah dalam nada slumbernya bercakap,"zura, tahniah, u dihantar ke sarawak",...What!!!!....biar benar Syah ni..aku minta kepastian lagi..."X payah la u nak jerit2 dalam telefon ni coz u tetap dihantar ke Sarawak",..slumber jer nada mamat tu...yg aku lak dah takut, risau, semua perasaan ler ada....