Walau bebas dari segala pencemaran bunyi dan alam tetapi jiwa ini tetap meronta untuk pulang. Rasanya cukup 3 tahun mengutip pengalaman di sini. Cuma satu sahaja yang mungkin akan rasa sedikit kesal. Sehingga kini aku masih tidak tahu untuk bercakap iban. Seribu kali sayang tapi apa boleh buat. Lidah ini terlalu liat untuk menyebut setiap perkataan. Otak ini pula agak sukar untuk merekodkan setiap maksud perkataan yang didengari. Walau tidak begitu lancar tapi masih juga boleh menyebut beberapa perkataan..'Na nemu aku jaku iban'...hehhe.. Ada sesiapa faham..
Bercerita secara ringkas, sekolah ini mempunyai bilangan 14 orang guru dan 155 orang murid. Bilangan murid yang dikira agak ramai di kawasan Song ini kerana kebanyakan sekolah2 di kawasan pedalaman mempunyai bilangan murid yang sedikit. En. Jimat Jarmit merupakan Guru Besar Sk NG Embuau.Seorang yang agak tegas dalam hal2 kerja dan cuti (sorry saya cakap perkara yang betul). Ketegasan beliau ini yang membuatkan sekolah kami cantik dikelilingi taman2 (yang ni saya pujuk yer). Segala mural dan taman2 bunga adalah hasil kerja guru-guru dan kakitangan Embuau.
Tahun 2010 paling penat dengan segala kerja2 keceriaan sehinggakan rasa nak pengsan tapi hasilnya kini berbaloi. Sekolah ini dalam kategori P1 iaitu kawasan pedalaman yang tidak terlalu teruk. Jika sesiapa yang dapat ditukarkan ke sini atau ingin melancong, senang jer. U all hanya perlu beli tiket bot Suria Mas jam 11.20 (departure) atau bot 'Good Success' pula jam 2.30 petang di Wharf Kapit, Sibu. Tapi kalau nak dapat tempat duduk kena ler beli tiket awal2 yer. Then, u all hanya perlu cakap 'saya nak pergi SK Nanga Embuau, Song'. Dalam masa 2 jam sampai ler di sekolah yang indah dan cantik ni. Bukan itu sahaja, murid-murid dan penduduk di sini semuanya ramah-tamah. Especially, murid-murid iban. Cuma, pada mulanya mereka agak malu-malu sikit. Tak percaya cuba ler.
RUTIN HARIAN - (ISNIN - JUMAAT)
5.15 pagi :
Sudah mula bangun untuk mengerjakan solat subuh. Di sini waktunya terlalu awal. Pukul 6.30 pagi sudah mula cerah seperti pukul 7 pagi di Semenanjung. Pukul 6.50 pagi, guru-guru di sini sudah mula datang untuk memulakan tugas mengajar anak-anak murid. Kami perlu merekodkan kedatangan kami dalam buku kedatangan yang disediakan. Kelas P&P bermula pada pukul 7.10, namun sebelum itu, guru-guru kelas dikehendaki untuk masuk ke kelas jam 7 bagi sesi motivasi untuk anak-anak murid. Tujuannya untuk memberi mereka semangat belajar pada setiap hari. Kiranya, ini salah satu usaha untuk meningkatkan prestasi murid-murid. Apatah lagi, murid-murid pedalaman agak sukar untuk belajar. Pemikiran mereka lebih kepada untuk bermain. Ada juga yang tidak tahu tujuan mereka datang ke sekolah. Mengapa mereka mesti belajar? Apa mereka akan jadi nanti? Jadi, kami cikgu-cikgu di sini yang memainkan peranan untuk membuka minda mereka.
12.40 atau 1.10
Waktu P&P berakhir. Ikut waktu sebenarnya 12.40 tetapi jika tahap 2 kelas tamat pukul 1.10 tengahari. Paling lemah kalau dapat kelas waktu terakhir. Bukan malas nak mengajar (tapi ada masa malas gak...shhhh) tetapi terpaksa mengejar waktu untuk memasak lagi di rumah. Lapar wei.. Pukul 2.45 dah ada kelas tambahan lag(T6) Di sini sudah la tiada kedai, cikgu-cikgu terpaksa masak sendiri. Sempat ker x sempat pandai2 ler.
2.45
Selesai kelas tambahan, jika hari selasa ada puler 'keceriaan'. Semua staf dan guru di sini akan berkebun, membina taman ker atau buat mural. Itulah maksud 'Hari Keceriaan" dan hasilnya itulah gambar yang u all dapat lihat. Cantik x :) . Cuma lukisan murak agak kurang di sini kerana tiada cat. Nak beli duit x der kan. Biasa la, sekolah pedalaman. Kalau buat mural pula, 2 - 3 bulan lepas tu warna dah pudar sebab cuaca terlalu panas.
* tiada mood untuk meneruskan cerita. bersambung....