7.02 a.m
Hotel Metro-Limbang
Cuti Sekolah bulan 3 kembali lagi...yippie... mennghabiskan masa cuti dengan berjalan2 di pelusuk Sarawak. Seperti biasa, jalan2 bersama erin & muz.. Memulakan perjalanan dari SIbu menaiki flight jam 6ptg. Sampai di Miri, we all termasuk shagul & epol kononnya nak bermalam di aiport Miri..last2 x bleh, airport tutup pukul 11mlm..aik, ingatkan 24hrs.. Thx 2 En.Is, sanggup bawa kami gi hotel (Minda House) & blanja minum..
The next day, berjalan2 di bandar Miri sambil menikmati nasi 'Lelapan'. Sangat sedap sambal belacan tu.. Nikmat yang tidak terkata. Nak jer tanya rahsia resepi buat sambal belacan yang ngetop tapi....nak ker diorang bagi kan.. Hari2 makan nasi lelapan ikan & ayam. No diet masa ni ;) (biler badan dah naik bising2 puler)...
Isnin-Hari Ketiga
Memulakan perjalanan ke Limbang. Dijemput oleh sepupu Muz iaitu Suhana. Baik sangat Sue ni. Perjalanan ke Limbang memakan masa lebih kurang 5 jam tetapi disebabkan Sue ni minah racing (cewah ;) ) jadi hanya 4 jam jer dah sampai. Sebelum masuk Limbang tempuh Brunei dulu. Yeay, akhirnya sampai juga ker Brunei tapi belum masuk lagi Bandar Brunei. Sempadan jer tu. Kami menginap di Hotel Metro. Hanya RM50 jer tapi bilik sangat besar. Cuma aircond jer yang kureng.
Selasa- hari Ke4
Cuti-cuti Malaysia diteruskan ke Labuan. Jam 8pagi menaiki bot ke sana dengan perjalanan memakan masa 2 jam sahaja. Melalui lautan merentasi Brunei. Wah, Labuan sangat panas! Cuma yang bestnyer kar situ banyak sangat coklat!!!! saya suka. Kalau ada banyak duit nak borong 1 kedai coklat..Heaven... :) Hampir 5 tahun tidak berjumpa dengan Salwa (member 1 rumah sewa dulu) akhirnya bertemu juga di Labuan. Memang takdir Allah. Salwa masih cute lagi. Anak dia pun comel sgt... seronok tengok. Tapi masa saya sendiri belum pasti. Hanya Allah jer yang tahu...
(to be continue - nak gi cari ikan salai di pasar)... :)