Hooooo... Chin... Minh.. Saya Datang Untuk Shopping....
Kali ni nak cerita tentang travel plak ler.. Kisah pengalaman mengajar di pedalaman tu tinggalkan sekejap la.. Seminggu mengira hari di rumah untuk pergi ke Vietnam, akhirnya tarikh 25.11.2013 tiba jua.. Nak ke LCCT, aku naik bus Star Shuttle dari ipoh. Senang dan memang itu yang aku slalu buat kalau nak pergi ke airport sebab ipoh ni mana ada flight nak ke sana. Sebab apa, aku pun kurang pasti.. ker masa yang terlalu singkat ke kl x berbaloi untuk naik flight ke sana???
Pada masa yang sama, hari ni juga aku akan tahu result eg-tukar sama ada dapat pindah atau terus diperam di Song, Sarawak :) ... (ketika menulis ni, benda tu dah pun berlaku, ni kira flashback balik la... he3) ... Berdebar gak hati aku, erda & win (kami pergi 3 orang) ni...
Tempoh masa nak ke Ho Chin Minh ni lebih kurang nak gi ke Sibu jer.. iaitu 2 jam.. Lupa plak, sbelum ke sana, kami dah bersedia dengan segala bekalan makanan seperti maggi dan roti.. banyak giler beli, risau kebulur.. Ye la, ramai kata makanan halal kat sana mahal.. Duit yg kami bawa ni memang untuk shopping la..
Akhirnya sampai juga di Airport Tan Son Nhat, Vietnam.. Sampai di sini, dah ada tourist guide yang bawa kami.. Ah Son ni pun aku kenal daripada Lee (driver taxi di sibu).. Bestnyer Ah Son ni bleh juga bercakap Melayu, walaupun kadang2 aku kurang faham, tapi aku layan jer.. Hanya erda & Win yang faham.. he3
Hari pertama ni, kami tak dapat nak jalan2 lagi sebab kami sampai pukul 9mlm.. Masa ni result egtukar dah tahu dah.. On jer hp di airport sebab ada wireless (aku x la sebab aku x der smartphone he3..), syikin orang pertama yang kami tahu dapat pindah.. Apalagi, sampai di hotel, terus kami check.. Alhamdulillah, akhirnya kami bertiga dapat pindah...
Yeay....bleh celebrate di Vietnam.. kalau la salah seorang x dapat, mesti x hepi punya.. Malam tu aku makan maggi & roti dengan pelahapnya.. hepi kan.. tidur dengan nyenyak sebab esok nak gi shopping...
![]() | ||
Bergambar di LCCT dulu- erda & win |
![]() | ||
Blue Saigon Hotel (best hotel ni..lupa nak amik gambar bilik air he3 ) |
Lorong Hotel.. Suasana pada waktu pagi |