Friday, March 22, 2013

Art Work...

2013... x sangka dah 5 tahun di Embuau ni.. blog pun dah lama x jenguk. Ni pun rasa bersemangat balik nak update bila tau ustaz yang baru masuk sekolah ni (Ustaz Amsyar) ada tengok blog aku sebab nak tau pasal sekolah Nanga Embuau ni. Wah, kiranya aku dah membantu ramai cikgu2 baru yang kena posting ke sini. :)

Tapi untuk kali ni, nak cerita tentang hasil kerja yang aku buat sepanjang di Embuau ni. Semua benda yang aku buat ni semata-mata nak hilangkan bosan. Jujur aku x pernah buat art work kanak2 ni.. Ni ler pertama kali. Dulu masa belajar Fine Art di UiTM Perak, asyik buat painting jer. Art work pun besar2. Skarang ni, tangan dah cam karat jer nak buat painting ni. So, u all tengok ler hasil kerja i yang boleh lah ni... :P

Di bawah ini adalah hasil karya yang dibuat untuk Pameran Art Geng di Johor Bahru. Terpaksa menggunakan bahan yang ada iaitu pensel warna dalam masa 3 hari sahaja. Karya abstrak dan berkisarkan tentang kehidupan di Embuau, Song. Warna-warna yang ceria menggambarkan kehidupan kanak-kanak yang hidup di Embuau, Song. Karya hanya bersaiz 6"x6".










Jenis-jenis Garisan
Colours of Embuau 1
Colours of Embuau 2
Colours of Embuau 3
Colours of Embuau 4
Colours of Embuau 5