Thursday, November 21, 2013

AnAmBiAk......

Lamanya tak update blog...sebabnya line internet tak ok di sekolah dan aku sibuk dengan tugas sebagai 'sensei'...hehee...

hmmm.. sudah 5 tahun aku berkhidmat di SK Nanga Embuau ni. Sebuah sekolah yang cantik dan damai. Tak mungkin aku akan jumpa suasana sebegini di bandar andai aku dapat berpindah pada tahun ini. Terlalu lama aku mengajar di situ, tibalah masanya aku memberikan ruang kepada guru-guru muda untuk menimba pengalaman dan menabur bakti di sini. Buat guru-guru muda, jangan sedih dihantar ke pedalaman tapi anggap ini sebagai hikmah yang tak mungkin kita tahu.

Bagi aku pula, walaupun ok mengajar di sini tapi aku mesti pulang sebab aku pun kena fikir life aku gak kan.. Kalau terlalu lama duk situ pun nanti lama-lama orang x suka plak. Mana la tau, nanti aku akan buat hal ker. So, minta-minta ler tahun ni dapat. Amin..

Kali ni nak cerita pasal 'anambiak'(murid-murid) aku... Anak-anak iban di sini memang naif dan jujur. Ada juga yang menipu tapi tipu mereka ni lain. Biasanya mereka akan cakap apa yang mereka fikir. Contohnya, jika tak siap kerja sekolah, mereka akan terus cakap, "semalam saya main cikgu" atau "saya buat kerja sekolah matematik" atau "saya tak bawa buku sebab saya tak siap kerja"... Itulah anak-anak murid saya. Jika diroatan, mereka ni x kan simpan dalam hati dan takkan melawan. Berbeza dengan budak-budak di bandar.

Walaupun otak mereka ni kurang cerdik tapi jika disuruh, mereka ni akan berusaha dan dengar cakap (tapi cikgu tu kena garang la yer..hehehe). Hasilnya, kita akan dapat lihat keputusan peperiksaan mereka hujung tahun meningkat. Daripada D naik ke C, itupun dah membanggakan.

Paling ketara, murid Tahun 6 tahun ni sangat slow & malas. Asyik tak siap keje sekolah. Apalagi, cikgu xura jadi singa la.. penat sangat marah budak tapi nak wat camne kan, kalau x malas nak study. Dah la nak amik UPSR. Pas marah budak, aku mesti tengok cermin, mana tau kot-kot kedut-kedut di muka dah bertambah...hehehe...

Keputusan UPSR baru-baru ni, Guru Besar dan guru-guru lain dah target peratus mesti turun punya la.. Skali, 80%.. Mimpi ker aku ni.. Dah la tu, 15 orang murid dapat A dalam subjek penulisan (subjek bm yang aku ajar)...  Aku target sorang aje A.. yang lain-lain tu B dan C.. 95% tuk penulisan...hebat la tahun 6 ni. Memang buat keajaiban la. Terima Kasih Allah kerana merealisasikan impian aku. Bolehlah aku pindah dengan bermaruah...hehehe

Malas nak taip banyak-banyak, tengok ler muka anak-anak pedalaman ni.. kalau cikgu dapat pindah, cikgu pasti akan merindui u all.. muah... (doakan cikgu pindah :)
Murid Tahun 6 2013 (lepas dapat result UPSR)


Bergambar sebelum membuat persembahan. Kain pelekat tu pinjam daripada guru-guru Melayu aje. Semua barang pinjam. Apa pun u all tetap superb... :)

kczura


Wajah Anak-anak Iban Pedalaman....